Saturday, February 27, 2010

Sape Tak Nak Murah Rezeki...




Kat dunia ni sape yg x peduli dengan rezeki..semua peduli,
ni nak cerita,dan..ada petua sakali camne nak murah rezeki dan jauh daripada kesulitan.
cerita dia camni..

Ada seorang hamba ALLAH yang bernama Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,'Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?'Sang Guru menjawab sederhana, 'Perbaiki penampilanmu dan ubahlah riak mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.' Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.
Mulai hari itu, wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya sentiasa menguntum senyum bersahabat. Riak mukanya berseri.Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah air muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.



Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat di atasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang...


Jadi,sebagai hamba ALLAH janganlah kita bermasam muka..kenalah..

CERIA SELALU!!!
Bak kata orang ganu,SENYUM SOKMO!!
IALLAH dengan berkat kita senyum 2 kita dimurahkan rezeki,
INGAT!!!

Melenturi Buluh Biarlah Daripada Rebungnya































Sunday, February 7, 2010

Syarat wajib solat:
Islam
baligh
Berakal
Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan
Syarat sah solat:
Suci badan dari dua hadas besar dan kecil.
Suci dari najis sama ada di badannya, di tempat solatnya, dan di pakaiannya.
Menutup aurat.
Menghadap qiblat (kecuali yang uzur dan tidak terdaya)
Yakin masuk waktu solat.
sekiranya sesudah tamat solat, lalu disedari perkara yang tersebut di atas terjadi - misalnya didapati ada najis di sejadah - maka perlulah diulangi solat itu kerana ia tidak menepati syarat sah solat)
Perkara-perkara yang membatalkan solat:
Keluar/kedatangan hadas besar atau kecil.
Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit yang memberi faham, atau ketawa.
Makan/minum walau sedikit.
Melakukan pergerakan di luar rukun solat tiga kali berturut-turut(mutawaliyat).
Berniat keluar dari solat Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat solat.
Beralih arah dari kiblat dengan sengaja (berpaling dada).
Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup.
Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain.
Meninggalkan rukun solat.
Murtad
Rukun Solat
Rencana utama:Rukun solat ada 13:
Niat.
Takbiratul Ihram(Allahu Akhbar yang pertama).
Berdiri bagi yang mampu.
Membaca surah Al-fatihah.
Rukuk dengan tama'ninah (tama'ninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru).
Iktidal dengan tama'ninah.
Sujud dua kali, dengan tama'ninah.
Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah.
Tasyahhud Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud.
Duduk dalam Tasyahhud akhir.
Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam Tasyahhud Akhir.
Membaca salam.
Tertib.

Pada mazhab Maliki dan Hanafi, baca fatihah rukun bagi solat perseorangan sahaja. (Tidak rukun bila solat jemaah, bila imam baca makmum dengar sahaja berdasarkan al-quran:-dan hendaklah kamu diam bila quran dibacakan.).