Thursday, December 2, 2010
KALAU PEREMPUAN TAK TAHU MEMASAK...SALAH KE?TAPI MACAM MANA KALAU LELAKI TAK BOLEH JADI IMAM???
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!
Saturday, September 4, 2010
Kelapangan Hati Dengan Kemaafan
Syawal datang diiringi laungan takbir syahdu.Kemeriahan Aidilfitri menutup tabir Ramadhan yang berlabuh.Kesyukuran sang hamba,atas kurniaan nikamt iman dan Islam dan sempurnanya ketaatan sebulan berpuasa,menggamit rindu akan syurga illahi...
Apa khabar sume...!!lamenye x update blog,rndu ase..Apa khabar dgn iman kite plop..
hari makin hari makin cepat plop ase Ramadhan nak tinggalkan kite..waaa!!sob2..
Ape2 pun sempena Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi ni,mari kita sama2 raikan dengan baik dan dengan penuh berjaya sekali..
Kegembiraan,kemeriahan,keindahan,kesyahduan.kesyukuran dan pelbagai lagi rasa hati dan perasaan,letaknya hati kita.Pelbagai kalimat ini,memerlukan hati yang lapang untuk menampungnya.Jika sempit hati,bagaimana mampu menampung segala perasaan tersebut?
Antara perasaan yang memberatkan hati dan menyempitkan jiwa ialah kemarahan.Api kemarahan,apabila marak akan membakar segala ruang yang diperlukan dalam dada seseorang.Pepatah melayu ada berkata:
"Terbakar kampung nampak asap,
Terbakar hati,tak siapa yang tahu."
Memberi kemaafan ada kalanya lebih berat daripada memikul batu di bahu.lebih-lebih lagi jika hati telah keras membatu.bersalut dengan dendam dan kebencian.Jangan biarkan ego dan kemarahan,terutama pada saat lebaran yang mulia.
Kemaafan akan membuka pintu kelapangan dalam jiwa.Jiwa pemaaf akan mengecap kelapangan perasaan terhadap saudara yang lain.Kelapangan perasaan adalah rahsia kebahagiaan hidup insan.Insan yang pemaaf akan menikmati kelapangan jiwa,hati dan perasaan.Kelapangan hati inilah rahsia kelapangan hidup sebenar.
Kemaafan juga membuka pintu kelapangan di alam barzakh.Alam kubur akan sempit,jika kesempitan itu diwarisi dari dunia ini lagi.Jiwa yang sempit dikhuatiri membawa ke kubur yang sempit juga.
Kemaafan juga membuka pintu keberkatan hidup.Keberkatan hidup menjana kelapangan rezeki.Rezeki yang berkat akan melapangkan hidup.Hutang akan berkurangan,pendapatan akan bertambah dan keselesaan akan tersebar.
Sebaliknya,hati yang tidak memaafkan akan terkena panahan kesakitan.Sakit hati tidak akan pulih,kedukaan akan meliputi dan kegelisahan akan merundung diri.Terbakar hati akan memakan diri,membungkam jiwa,memudarkan seri wajah dan menghakis kebaikan amal.
Hulurkan kemaafan,panjangkan tali silaturrahik,eratkan ikatan hati dan padamkan api kebencian.Benamkan kebencian,tanamkan benih kasih sayang,suburkan perpaduan dan tingkaykan keyakinan sesama insan.
Hidup ini terlalu sunyi untuk dilalui bersendirian,justeru janganlah mencipta musuh dan lawan sepanjang jalan.Tabahlah dalam menempuh ranjau dan onak perjalanan,kerana ketabahan membawa harapan untuk tiba kepada sasarannya.
Kelapangan hati juga perlu dikongsi bersama kerana semakin dikongsi,kelapangan akan berganda-ganda.inilah keajaiban hati.Hati yang lapang,semakin diberi,semakin bertambah kelapangannya.Maka hulurkan kemaafan kerana ia faktor kelapangan hati.
Al-afuw atau Maha Pemaaf adalah antara nama dan sifat ALLAH S.W.T yang mulia.Malulah kita kepada ALLAH jika kita gagal menjadi pemaaf.ALLAH yang mencipta,mengatur dan mentadbir alam ini pun,masih memberi kemaafan kepada hamba-Nya yang melakukan kesalahan,apatah lagi kita yang serba kerdil dan lemah ini.
Tingkatkan kualiti diri kita dengan menjadi seorang pemaaf.orang yang pemaaf akan disenangi mereka yang ada disekelilingnya.Memberi kemaafan,lebih berharga dan dihargai daripada memberi wang dan material.Wang akan cepat habis,tetapi kemaafan yang diberi,ibarat benih yang baik,akan menumbuhkan pohon kasih sayang dan persaudaraan.
Kasihilah diri kita dengan memberi kemaafan kepada saudara lain.Kemaafan lambang kasih sayang dan kasih sayang yang tulus akan melapangkan ruang kehidupan.
Kepada yang masih berperang dengan kemarahan,kebencian dan dendam,fikirlah jauh-jauh.Dendam dan marah tidak membawa apa-apa,selain kesakitan dalam jiwa.Maka berilah kemaafan,terutama pada saat gembira menyambut Hari Raya ini.Sebarkan kemaafan,ia menambah seri Aidilfitri...
'Id al-Mubarak!Kullu'am,wa antum bi khair...
Mohon maaf sumenye..sape2 yang kenal saye,dan saye ttp maafkan kalian sume..
hihihi:-)
Saturday, June 12, 2010
EHMMM...rase cam baru ag je lps spm,gane2 pun..prjuangn harus dteruskn.. hari semakin hari,smkin bnyak dugaan yg prlu dtrime..ya ALLAH.. sabar dan teruskn brsabar..iALLAH psti ketemu jawapanny.. Dengar lagu ni,terigt la plop kat kwn2 kat smasid dlu.. mcm2 prngai ad..rndunye...
mcm2 kngan manis dan pht dilalui dan diharungi brsame..5 thn!!! ya ALLAH..skjpny mase..kjp je beso..dulu mase 6 thn..kelolol lg.. hahahaha
pe2 pun..buat sahabat2 mase PASTI dulu,SK SURA,SMASID n SMAASZA.. hayati la lgu ni,kenang mse kite dlu..saje2 tuk hilangkn tensen ke... hlgkn kebosnn ke..bleh blake..
YA ALLAH..KAU KEKALKANLAH PERSAHABATAN KAMI..DAN BERKATILAH
PERSAHABTAN INI DUNIA DAN AKHIRAT..AMIN...
Thursday, June 3, 2010
lamenyeeeeeeeeee
rindu ase...bkn pe sekarang sy sambung blaja,so..ssh sgtle nk ad pluang utk update
blog ni..pe2pun,iALLAH..klu ad ape2 yang mnrk sy akn kgsikn utk anda sume..
Tuesday, May 4, 2010
Kita Mestilah Hidup Untuk Islam
aKU MSTILAH HIDUP UNTUK iSLAM..tapi bagaimana harus ak lakukn??adakah hanya dgn lafaz dibibir shj??dan akhirnya ak temui sbnrnya ad byk cara bagaimana ingin hidup untuk Islam.dan yang pertmanya..
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Yang bermaksud:
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Surah Az-Zaariyaat, Ayat: 56).
ii. Menginsafi Nilai Dunia Ini Dibandingkan Dengan Akhirat.
Firman Allah:
أَرَضِيتُمْ بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الْآخِرَةِ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ
Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. (Surah At-Taubah, Ayat: 38).
Firman-Nya lagi:
ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ
Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (Surah Aali Imran, Ayat: 14).
iii. Menginsafi Bahawa Maut Pasti Tiba.
Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa. Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. (Surah Ar-Rahmaan, Ayat: 26 - 27).
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Surah Aali Imran, Ayat: 185).
Baginda juga bersabda: "Hari kiamat semakin hampir sedangkan manusia semakin tamak-rakus kepada dunia dan mereka juga semakin jauh dengan Allah".
iv. Mengetahui Hakikat Islam.
Iaitu dengan mempelajari dan mendalami ilmu-ilmu agama, dasar-dasar, hukum-hakam, yang halal dan yang haram.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Yang bermaksud:
"Sesungguhnya ilmu itu hanya diperolehi dengan belajar dan kefahaman pula hanya didapati dengan mendalaminya, sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan pada dirinya, diberikan kefahaman yang mendalam di dalam urusan agama".
(Riwayat Tabrani).
v. Mengetahui Hakikat Jahiliah.
Iaitu dengan meneliti ciri-ciri pemikiran jahiliah, aliran-aliran dan perancangannya. Di samping menyingkap akibat-akibat dan keburukannya. Dengan memahami hakikat ini kita tidak terperangkap ke dalam jaring-jaringnya selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w:
Yang bermaksud:
"Sesiapa yang mempelajari bahawa suatu kaum ia terselamat dari rancangan jahat mereka".
jadi sbgai seorg islam mstilh beriltizam Dengan Kerja-kerja Islam dan Kerjasama Dengan Aktiviti-aktiviti Islam.untuk trs istiqamah dlm Islam dan merasa halawatul iman itu sndiri apabila melakukn pkr2 trsbut..
Firman-Nya lagi:
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. (Surah Al-Maidah, Ayat: 2).
"Seseorang muslim dengan seorang muslim yang lain laksana satu bangunan yang tersusun, saling kuat-menguatkan di antara satu sama lain".
"Tangan (atau pertolongan) Allah itu bersama jemaah. Sesungguhnya serigala itu memakan kambing yang terpisah (dari kumpulannya)".
"Kamu wajib bersama jemaah muslimin dan Iman (pemimpin) mereka".
Sabda baginda yang lain:
"Jemaah itu berkat".
"Jemaah itu rahmat dan perpecahan itu azab".
Friday, April 16, 2010
Kerana Tuhan kau kehilangan kawan
Kerana kebenaran dihina
Jangan kau ragu dalam keimanan
Jangan sedih selalu tersisih
Bukan kau saja ditimpa malang
Ingatlah para Rasul mulia Lebih terseksa menderita
Mereka bahagia dalam derita
Mereka kaya di dalam papa
Tetapi mereka merasai ramai
Walaupun keseorangan
p/s:marilah kite same2 check hati kite...
Friday, April 2, 2010
Diri Pada Tahap Nafsu Mardiyah Diredai ALLAH
- Nafsu lawwanah-nama ini diambil drpd alquran,pd ayt 2 dari surah al-qiyamah,maksudnya:
"dan aku bersumpah dengan an-nafsul-lawwanah
(bhwa kamu akn dbngkitkn sesudah mati)."
Diri pd thp ini menigkat sedikit berbanding diri dikuasai nafsu ammarah.Jika pd thp nfsu ammarah diri tidak terkilan dgn kesalahan dilakukan,bahkan megah dgn dosa,ttp pd thp ini diri kesal ats keterlnjuran dan kekuranganny menunaikn kewajipan.Di dlm diri terasa spt ad sesatu yg mncelanya.ttp dgn adny suara celaan dr dlm diri itu menunjukkan ia msh hidup.walaupun berpenyakit masih belum parah.
- Nafsu mulhimah-Sesetengah ulama' tdk memasukkan thp ini dlm pergkat sifat yang dilalui diri manusia.ttp rmi juga dari kalangan ulama' terutama ahli sufi yang memasukkn peringkat ini spt diisyaratkn alquran,maksudnya:
"Serta mengilhamkannya jln yg membawany kepada kejahatan dan ketakwaan."
(as-syams:8)
Nas terbabit pada amnya menjelaskn manusia boleh menerima suatu saranan di dalam diriny sama ad berunsur kejahatn atu kebaikn.ini juga menunjukkn diri seseorg sentiasa dilhmkn dua unsur;kejahatan dn kebaikn.berdasarkn nas dan sejarah hidup manusia ad satu drpddua unsur itu,spt suatu alat yang dapat megesan gelombang suara dari alam ghaib.fenomena ini adalh realiti yang diakui tanpa diragui.dalam bidang ilmu,fenomena terbabit sekalipun berbeza dari segi penafsiranny.
- Nafsu muthmainnah-nafsu di tahap ini lebih sempurna,dari sudut usaha menyucikn(tazkiyah)dan melakukan jihad(mujahadah)terhadap nafsuny.
Hasil dari jihad nafsu yang tabiatnyasntiasa bergelora dan membara tanpa ada batas kepuasan,berpandukan syariat Allah dan jauh drpd mksiat,zahir dan batin,menjadikan diri mencapai ketenangan.Peringkat ini tidak dapat dirasakn melainkn slps diri merasakn damai terhadap hukum Allah dan manhajnya,ketentuan qada dan qadar(takdir),mengingati Allah dan khusyuk dalam ibadat.Kedamaiany dinikmati oleh diri dan oleh org sekelilingny,bahkn kdgkala mnjadi penaung kpd mrk yg diburu kerisauan dan keresahan hidup.
- Nafsu Radiyah-Diri di tahap ini dapat mendiamkn syaitan dari dlm diriny.Allah menurunkn ketenangan ke dalam hatiny.
Diri akn menghayati sifat reda dan menjadi maqamny(tahap kedudukan),namun diri ini masih bimbang dan berasa belum diterima Allah.
- Nafsu Mardiyah-Diri di tahap ini diredhai Allah.Diri yang mencapai peringkat ini akn mendapat merasakn maqamnya(tahap kedudukn)diterima Allah.
Tetapi rassan ini bukanlah suatu yang dibuat-buat dan sekadar satu dakwaansedangkn sebenarny tidak ada pada batin diriny.Rasaan itu adalah pemberian Allah sebagai 'busyra'(khabar gembira)dari Allah kepada hambany yang diredhai ketika mereka masih lagi hidup di dunia.Istilah pada diri di tahap ini diilhamkn dari alquran.Tahap ini yang dihayati serta dilaksanakn dengan penuh kesungguhan dan keazaman oleh tokoh kerohanian islam seperti ahli sufi.Bagi kita yang bukan ahliny dan tidak menempuhiny,selayakny kita menerimany selaras dengan anjuran alquran.
"Dan kami tidak mengutus Rasul2 sebelummu melainkn org lelaki yang kami wahikn kpd mrk;maka brtnyalh kamu kepada ahlu'dz-dzikri jika kamu tidak mengetahui"(Al-anbiyaa':7)
Friday, March 26, 2010
Kembara Ilmu
Wednesday, March 24, 2010
Teruskan Perjuangan!!!
Monday, March 22, 2010
Wasiat Imam Shafie
Thursday, March 18, 2010
Aduyaiiiii......!!
pada zaman anjakan paradigma ni...chewwah..mcm2 jns tudung yg direka.ad yang likup situ..likup sini..mcm2.mule2 glamor dgn tudung wardina..bleh la thn,pas2 mule la..tudung acheh,tudung ekin la..makin x menutup dada..klu pakai kat umah 2 bleh ar thnkn..nak sapu2 halaman umah ke..
Tapi sekarang dah jd trend,g mane2 pun..dah ramai pakai.mkn rumit plak jdnye.dkt tmpt buat ic pun dh guna tudung mcm 2.yelaka...senang nak pakai,pakai je dah menjadi,xperlu duduk depan cermin berjam-jam..tapi,2 la..zaman sekarang,ape nak jadi..???makin hari makin menjadi..
P/S:buah muslimah2,buatlapilihan yang baik dan bijak,bkn bermakna kene pakai jilbab labuh sampai ke kaki,tapi..biar la bertepatan dengan aurat dlm islam..marilah kite same2 mengubah cara pemakaian kite dan sekaligus mengubah tatacara hidup kite..bagi menjadi muslimah yang luar biasa..haha,luar biase??bleh la....kn3??
Monday, March 8, 2010
Besnye.....!!
Sunday, March 7, 2010
Haish.....Bleh ke tak ni.....
Friday, March 5, 2010
BiLa ALQURAN MuLa BeRsUaRa
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....
Saturday, February 27, 2010
Sape Tak Nak Murah Rezeki...
Ada seorang hamba ALLAH yang bernama Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,'Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?'Sang Guru menjawab sederhana, 'Perbaiki penampilanmu dan ubahlah riak mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.' Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.
Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat di atasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang...
CERIA SELALU!!!
Melenturi Buluh Biarlah Daripada Rebungnya
Sunday, February 7, 2010
baligh
Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan
Suci dari najis sama ada di badannya, di tempat solatnya, dan di pakaiannya.
Menutup aurat.
Menghadap qiblat (kecuali yang uzur dan tidak terdaya)
Yakin masuk waktu solat.
Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit yang memberi faham, atau ketawa.
Makan/minum walau sedikit.
Melakukan pergerakan di luar rukun solat tiga kali berturut-turut(mutawaliyat).
Berniat keluar dari solat Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat solat.
Beralih arah dari kiblat dengan sengaja (berpaling dada).
Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup.
Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain.
Meninggalkan rukun solat.
Murtad
Niat.
Takbiratul Ihram(Allahu Akhbar yang pertama).
Berdiri bagi yang mampu.
Membaca surah Al-fatihah.
Rukuk dengan tama'ninah (tama'ninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru).
Iktidal dengan tama'ninah.
Sujud dua kali, dengan tama'ninah.
Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah.
Tasyahhud Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud.
Duduk dalam Tasyahhud akhir.
Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam Tasyahhud Akhir.
Membaca salam.
Tertib.
Sunday, January 31, 2010
Apabila ini berlaku maka celakalah orang yang tidak bertaubat kepada Allah kerana tanda-tanda kiamat sudah pun hampir. Wahai kawan-kawan semua berkerjalah kerana allah dan berbuat baktilah selagi nyawa yang tinggal ini masih ada.
Fikir-Fikirkanlah...Dari hati yang tulus..InsyaALLAH pasti ketemu jua..
Muhasabah Cinta...
Saturday, January 9, 2010
On December 13, 2009, during the Worldview of Islam Seminar organized by the Assembly of Muslim Intellectuals or Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM), there was a question being posted to Professor Al-Attas regarding the polemical usage of the word "Allah" by the non-Muslims.Below is the transcript of his brief-but-yet-concise enlightening remarks. As a word of caution, though, one must not only rely on this brief transcript alone to understand the whole spectrum of Prof. Al-Attas' view about this theological matter.
Further thorough elucidation of his thought can be found in numerous works of this great Muslim scholar of this age, such as Prolegomena to the Metaphysics of Islam, Islam and Secularism, Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu and A Commentary on Hujjat al-Siddiq of Nur al-Din al-Raniri.Question: The using of kalimah “Allah” by other people in this country Answers by Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas:Well I have been talking about this long time ago. I remember about this in ISTAC, when we first established ourselves (late 80’s and early 90’s), I think the Arcbishop of Penang was asking this question. And I have answered that.And then we had a meeting with the Archbishop of Kuala Lumpur and about all the representatives of Christianity, including the ministers, we had a meeting at ISTAC.And I said, “Why you want to use the word ‘Allah’ for yourself?”They said “we going to pray in Bahasa Malaysia”That’s the way they put it. So my answers to them, “Why you have to change praying into Bahasa Malaysia. You have been praying in English all the time. Why suddenly change into Bahasa Malaysia?”Ok, so they said they want to change so that it more patriotic. Then in that case I’m saying that “why don’t you use Tuhan while praying in Bahasa Malaysia? Because you are talking about God isn’t it?…God is not just a name…”Allah” is a name of this Being whom you called God… and in fact a Being whom even higher than what you called to be God”And then I said, “ …and “Allah” is not from Bahasa Malaysia. It is not a national language. It belongs to the language of Muslim all over the world. Therefore your argument using this for the word “Allah” does not fit into your idea of God. Because “Allah” does not have a son, It is not one of three (Trinity), that is why out of respect to Allah we can’t allow you to use this.“But when we Muslim, when we write in English we say God, or when we talk to people we say God but we mean “Allah”…but they cannot say when they speak about God it means “Allah” as they don’t mean it.So in this particular respect, we have to be clear about this, not was-was (hesitate)...whomever responsible in our governing, they have to be clear about this and to explain to others.We agree you want to use God, then use Tuhan as we also use that…but we understand in the Malay language that Tuhan is not a translation of Allah..that is why we say “tiada Tuhan melainkan Allah” not “tiada Tuhan melainkan Tuhan”. We don’t say “there is not God but God”..at least the ulama’ among the Muslim Malays, we understand what is the meaning of that (word “Allah”).So “Allah” cannot be translated as no language has translated Allah. The Arabs themselves they only use that after Islam..although the word existed (before)..the Christians Arab they also did not use Allah (in theological, epistemological and ontological sense in the same manner as the Muslim)..if they say that it is just a language..they talking about language..because they say “Allah” like the Muslim when they (melatah)…So it appears they want to do that in order to confuse the Muslim into thinking that all the same..that is why I say one of the problems about religion is the nature of God..about who Allah is..that is why in Arkanul Iman (The Pillars of Faith), the first thing is “amana billah”.“Who is this Allah?” and that need to be explain at higher institution in a proper way…So we have answer the question. It is not proper to allow them using this, since they asking us and there is no point bringing this to court since this is not a matter of court to decide it whether they have the freedom to use it or not. It is up to the Muslims.But then if they used it and said “in Indonesia they have use it, why can’t we?”…but it is because of the Muslims..if Muslims don’t care they will go on and use it..and in Indonesia they are using not only that, other things they even call it “choir” as “selawat”. Choir is not a “selawat”, as “selawat” is for Prophet..it’s not singing hymn..And they also talk about..in Indonesia they are also confuse..Muslims..that is why this thing happen. Sometimes the language when you come across English words like “Prophet of Doom” in Indonesia they said “Nabi celaka”. How can there be “Nabi celaka”? What is meant by the “Prophet of Doom” is…even the word Prophet in English does not mean “Nabi” only…it means “yang meramalkan malapetaka”..that what it means…so the “Prophet of Doom” means “yang meramalkan malapetaka”, not “Nabi celaka”.They (the Muslims in Indonesia) seem not to bother about this. What we can say is that ultimately well they say “God is not Allah”...well if you want to use the word God, we are saying we also use the word God, we refer to Allah as we know and we are not saying that your God ultimately will not refer to Allah. You can’t run away from Allah. You can only escape Him and so in the Qur’an (surah An-Naas) says: “Qul aAAoothu birabbi annas, Maliki annas, Ilahi annas”. He (Allah) is saying “ I am the real Ilah (God) of naas (mankind)”, although mankind (non-Muslim) does not interpret it that way.
Thursday, January 7, 2010
Kem Menuju Ke Menara Gading
shaira,nadiah,hudan n mahir
fesi2 brsme anak2ny yang comel!
fesi2 dan mslimat