Tuesday, December 29, 2009




Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.Saidina Ali berkata:"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu.Baginda s.a.w. berkata:"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali.Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini.Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , InsyaAllah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Sunday, December 27, 2009

Siapa kah yg rugi, siapa yg untung ?

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnyaseolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Siapakah orang yang manis senyuman nya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalahorang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dantidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang adasentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namunmasih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikandi mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak keranatelah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Saturday, December 26, 2009

Cemut...Oooo...Cemut!!


Hukum Minuman Dimasuki Semut
Orang kata, air yang dimasuki semut ni jika diminum bersama-sama semut tersebut, orang yang meminum’nya juga akan menjadi bodoh seperti semut. Tapi semut tu bodoh ke? Semut lebih bijak dari serangga lain sebenarnya. Apapun jom la kita tanya ustaz yang lebih mengetahui apa hukum minuman yang dimasuki semut dari pandangan Islam.
Soalan:Bangkai semut yang masuk dalam minuman, apa hukumnya meminum air tersebut?Jawapan:Semut adalah binatang yang tidak mengalir darahnya. Bangkai semut adalah najis yang dimaafkan. Namun, masuk semut pada minuman itu, hukumnya ada 2 keadaan:
1) Semut masuk dalam keadaan sudah matiSemut itu sudah menjadi bangkai tetapi jika masuk atas ikhtiar manusia, seperti memasukkan gula yang ada bangkai semut, maka air itu najis, tidak boleh diminum. Kalau masuk bukan ikhtiar manusia, contoh seperti ditiup angin selagi tidak mengubah sifat air, maka boleh diminum dengan syarat membuang dulu bangkai semut itu.
2) Semut masuk dalam keadaan hidupJika semut itu mati sendiri di dalam air, atas sebab ikhtiar manusia, maka air itu najis dan tidak boleh diminum. Ini boleh berlaku kerana air itu ditapis atau memasukkan gula yang ada semut, atau memasukkan air yang di dalam cawan mengandungi semut. Jika bukan dengan ikhtiar manusia, seperti ia masuk dengan sendirinya atau ditiup angin, maka tidak najis dan boleh diminum dengan syarat bangkai semut itu dibuang dahulu.
Wallahua’lam

Thursday, December 24, 2009

Pengalaman...











Assalamualaikum....

ni nak citer ckit cmne pengalamn sy lps spm ni...ehmm...lps je hbs spm 16 dis 2009 2,sy relex ar kat umah.almaklumlhkn...org dh freedom.huhu


tp..18 dis 2009 tu,sy n kluarga sy nk pegi ukm.tp sblm smpi ukm 2,mcm2 jd tau..ad pahit,mns pun ad..sebelum kami g ukm,kami bermlm ar kt umh sdre kami,sy pnggil die dgn pnggln p.awi n k.miah.sdp nme 2 kn..huhuhu..diaorg ni dh ad ank..3 org,y sulong nmenye ainul,y ketngh plkanmenye frihh n ketiga au....ni.kuii3


pd ari kmi smpi 2,diorg pgi cuti2 mlysia kt johor...wow,beskn..tp diaorg mmg dh nak blk pun..smntre tngu diaorg blk...sy n kluarge sy tngu kt msjd brhmprn umh die..msjd 2 cntk tau,bese ar bru ag siap...y cntikkn lg 2,pokok2 y ad kt kwsn msjd 2,lawa....smpi kmi sume ambk gmbr,yela bkn sngkn.

tngu punye tngu,diaorg smpi dkt maghrb gak.so,kami trs smyg jmaah dgn jmaah2 y laen..slesi je solt,kiteorg g mkn kt stu kdi 2 ar,tp nme die femes dgn nme kdi dkt jmbtn..sy n kluarge sy slalu pggil cm2.mknn die sdp ar..rzki ALLAH sumeny sdp..mmmmmm..huhu

seleps prut dh knyng,ap lg kiteorg blk ar ke rumh p.awi n k.miah ni..kami mnginap ar kt situ dlm 1 mlm..1 mlm je...fuuh..nyenyk tul tidr kt situ tau,bknpe...lth je 2.kuii3








19 dis 2009,sy skluarge n sdre sy ni brtlk pg 2 ke kl..nk pegi melawat klcc.fuyyoo..first time tau sy smpi kt sne..prasaan blehla tahan.okla drpd tak pegi lgsg..thanks 4 my parents.klu dieorg tkde bilela sy nk smpai.kt cni pun mcm2 brlaku tau..




dlm prjlnn nk ke klcc2,jln btl2 sesak.kereta sedare sy td 2 dh kt dpn,ayh sy plak nak kjr kereta diorg 2,dlm nk cpt tibe2 ayah sy trlggar kreta kt dpn 2 ahh.aduii tak pasal2..tapi sy n kk sy brslwt byk2 agr xde pe2 jadi..alhmduliLLAH,brkt kami brslawt mgsa 2 tak buat sbrg tndkn pun..memang ALLAH tlg ar,sbb 2 ar klu kite sntiase dgn ALLAH,ALLAH pun msti dgn kite...


then,kami teruskn prjlnn kami..ayh sy pulak lps 2 trs brhti2.klu sy kene mcm 2 cmfm xleh nk bwk dh,takut..tp ayh sy brani..tabah orgnye.wluapepun die ttp bwk keluarge die dgn slamt.saya syg ayh saya.



lepas smpi 2,kami cari ar tmpt ltk kereta.ssh jgk nk cr,byk btul kereta.haha..cari punye cari,kiteorg jmpe jgk.ayh sy prking kereta dkt sgn kereta sedare saya 2,sng ar ckit..sblm kami msk dlm klcc 2,kami sume pastikn kat mane kami parking kereta kami 2.tmpt y kami prkg 2 no 17a..masing2 sume igt no tu.








kami masuk ar dlm klcc 2,msk je kami terus pegi kt petrosains,ramai btul org..smpi tiket dkt nk msk ptrosn 2 dh hbs.fed up btul kiteorg tau.dah smpai xleh msk plak.xpe...mgkn ad hikmah diseblknyekn.








si farihh ni plak nak buang air kecil,pd mase y same ainul,kakak,adik,ma n k.miah pun nak buang air kecil jgk.sampai kat tandas pun kene beratur jgk.ramai btul ar org kat dunia ni.bermcm2 ragam.mek jepun ade,mek saleh pun ad..huhu..








sampai gliran kami nak masuk tndas 2,kami tgk ar tands die 2.aiseyman...terlampau modern,nak basuh pun susah..si ainul ni plak ckp"woi..mcmne nak basuh ni!!ni nukan org oku ni"aduii..dahla kuat,tnds mcm tu die ckp utk org oku.klaka btul ar.cmner bleh terfikir nk ckp tandas org oku.konon modern ar 2 ex,xde yang canggih lagi ke..haha.








lps puas ronde2..kiteorg nak blk ar.lps bayar parkg,kiteorg terus pegi tmpt parking..smpai je kami kt ctu,kereta kami dah takde,dahla kereta sedare sy pun takde.entah kemana hilang pun tak tahula..sampai anak diaorg y nme ainul tu nangs sbb igt kereta dia takde.kereta kesayangan die 2..


lps 2 kami berselawat..pucat gk muka sorang2.mmg btul2 terkejut ar.nak2 pemndu die,lagi risau..kami igt yang kami parking kereta kt 17a tu,tp mcmne bleh takder..








lepas 2 kami pegi masuk blk kat tngga brgrk 2 dan kami tgk kereta kami ad...rupe2ny kami tersalah cari tempang parking.parking 17a ni yang kami parking ni kt p1,tp kami pergi kat p2..haha,mmg pengalamn y happening ar.suke sgt!!




hbs je ambk kereta,kami terus bertolak ke ukm.tapi sedare sy tak ikut sekali sebab dieorg nak jumpe abg shukri kat kl sentral,nk g cr komputer.abg shukri ni abg kpd k.miah..so,kami juz trskan perjlnn kami ke ukm.


tibenye kami kat ukm,kami pegi ambk knci bilik kat klj aminuddin baki.bleh tahan blik die..lps siap buat ap yang patut,mlm 2 kiteorang pegi ar mkn kt restoran limau nipis.kedai 2 ad minmn special tau,nmenyelmu nps specel.bes...rugi tak rase.


21 dis 2009,sy n kluarge sy dh nak balik ke dungun,trg.kakak sy tnggl ar kat ukm,die perlu teruskn perjuangan die kat situ.alhamduliLLAH akhirnye smpai jgk kami kat umah jam 8 mlm..
2 ar serba sdikit pengalamn yang bleh saya kongsi..pe2pun jgn lupekn ALLAH,wlu kat mane kita brada die ttp dgn kite.iALLAH...



















































Sunday, December 20, 2009

Sejarah Tahajud

Dari segi sejarahnya, sembahyang tahajud mula disyariatkan tidak lama selepas Nabi s.a.w mendapat wahyu pertama di gua Hira’. Ia dinyatakan Allah dalam surah ai-Muzammil (yang berselimut), yang diturunkan ketika Nabi s.a.w menggeletar di dalam selimut selepas baginda s.a.w mendapat wahyu pertama itu.

Menurut Penolong Pengarah Kajian Fatwa Jabatan Agama islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Abdul Aziz Che Kob, “Pada awalnya, sembahyang sunat tahajud hukumnya fardhu kepada Nabi. Bagaimanapun, apabila turun ayat ke-20 surah yang sama (kira-kira setahun selepas turunnya ayat pertama) Allah menjelaskan bahawa sembahyang Tahajud adalah sunat dan afdalnya ditunaikan pada sepertiga malam”. Walaupun hukumnya adalah sunat , namun bagi Nabi, bersembahyang tahajud tetap dianggap sebagai suatu kewajipan. “Ia menjadi rutin kepada hidup Nabi”, ujar beliau.

Mengenai rakaat, Abdul Aziz memberitahu, Nabi akan bersembahyang malam, termasuk tahajud, sekurang-kurangnya sebelas rakaat. Namun demikian tidak ada surah-surah tertentu yang ditetapkan supaya dibaca selepas al-Fatihah. “Selain membaca surah-surah panjang dalam al-Quran, hingga dihabiskan satu juzuk dalam satu rakaat, Nabi juga membaca surah lazim yang pendek. Jadi para ulama sependapat lagi bahawa bagi memudahkan masyarakat menunaikan tahajud, kita boleh membaca surah-surah lazim”.

Dari segi sejarah juga diceritakan bahawa Nabi kerap bersembahyang malam hingga kakinya menggigil dan bengkak akibat terlalu lama berdiri. Bagi menjelaskan lagi keberkesanan sembahyang tahajud, Abdul Aziz membawa dua kejadian sebagai iktibar. Ia dengan jelas menunjukkan betapa pentingnya sembahyang tahajud dalam mendekatkan diri dengan Allah, membina kekuatan rohani dan keyakinan diri umat islam.

“Dalam satu peperangan, Kahalifah Umar r.a diselubungi tanda tanya kerana selepas seminggu bertempur dengan kaum musyrikin, tentera islm masih belum mendapat kemenangan. Perkara itu membinggungkannya kerana pada kebiasaannya tentera islam tidak perlu menunggu masa sebegitu lama untuk mengalahkan musuh. Malam itu, Kahalifah Umar melawat ke khemah-khemah tenteranya sedang kyusuk sembahyang tahajud, kecuali sebuah yang mana penghuninya sedang nyenyak tidur. pada keesokkan harinya kahlifah membuat keputusan yang amat mengejutkan. Beliau menyingkir semua penghuni khemah terbabit (yang tidak bersembahyang tahajud) daripada menyertai perang kerana katanya “mereka tidk mempuyai rohani yang kuat”. Akhirnya walaupun jumlah semakin berkurangan, tentera islam telah berjaya menumpaskan musuh”, kata Abdul Aziz.

Beliau juga memberitahu, salah satu faktor panglima islam terkenal, Sallehuddin al-ayubi berjaya menawan kembali Istanbul adalah kerana cuma mengambil panglima-panglima yang bersembahyang tahajud sahaja untuk mengemudi perang.”

Thursday, December 17, 2009

Mulakan Hidup Dengan Doa..

Doa itu penting dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim.
Sabda rasulullah s.a.w,maksudnya:
"Nu'man bin Bashir(r.a)berkata bahawa Rasulillah s.a.w bersbda,"sesungguhnya doa adalah ibadah"..


Setiap doa yang kita minta sepanjang waktu pagi,petang,siang dan malam merupakan ibadah.dari itu,tidak kira di mana kita berada
;di rumah,sekolah,masjid ataupun di dalam kenderaan sekalipun,janganlah kitalupa untuk berdoa,meminta sesuatu yang baik.oleh kerana berdoa adalah suatu ibadah,hendaklah kita lakukannya dengan sempurna,sebagaimanakita melakukan ibadah-ibadah yang lain...