Saturday, September 4, 2010

Kelapangan Hati Dengan Kemaafan





Syawal datang diiringi laungan takbir syahdu.Kemeriahan Aidilfitri menutup tabir Ramadhan yang berlabuh.Kesyukuran sang hamba,atas kurniaan nikamt iman dan Islam dan sempurnanya ketaatan sebulan berpuasa,menggamit rindu akan syurga illahi...
Apa khabar sume...!!lamenye x update blog,rndu ase..Apa khabar dgn iman kite plop..
hari makin hari makin cepat plop ase Ramadhan nak tinggalkan kite..waaa!!sob2..
Ape2 pun sempena Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi ni,mari kita sama2 raikan dengan baik dan dengan penuh berjaya sekali..



Kegembiraan,kemeriahan,keindahan,kesyahduan.kesyukuran dan pelbagai lagi rasa hati dan perasaan,letaknya hati kita.Pelbagai kalimat ini,memerlukan hati yang lapang untuk menampungnya.Jika sempit hati,bagaimana mampu menampung segala perasaan tersebut?


Antara perasaan yang memberatkan hati dan menyempitkan jiwa ialah kemarahan.Api kemarahan,apabila marak akan membakar segala ruang yang diperlukan dalam dada seseorang.Pepatah melayu ada berkata:
"Terbakar kampung nampak asap,
Terbakar hati,tak siapa yang tahu."

Memberi kemaafan ada kalanya lebih berat daripada memikul batu di bahu.lebih-lebih lagi jika hati telah keras membatu.bersalut dengan dendam dan kebencian.Jangan biarkan ego dan kemarahan,terutama pada saat lebaran yang mulia.



Kemaafan akan membuka pintu kelapangan dalam jiwa.Jiwa pemaaf akan mengecap kelapangan perasaan terhadap saudara yang lain.Kelapangan perasaan adalah rahsia kebahagiaan hidup insan.Insan yang pemaaf akan menikmati kelapangan jiwa,hati dan perasaan.Kelapangan hati inilah rahsia kelapangan hidup sebenar.
Kemaafan juga membuka pintu kelapangan di alam barzakh.Alam kubur akan sempit,jika kesempitan itu diwarisi dari dunia ini lagi.Jiwa yang sempit dikhuatiri membawa ke kubur yang sempit juga.
Kemaafan juga membuka pintu keberkatan hidup.Keberkatan hidup menjana kelapangan rezeki.Rezeki yang berkat akan melapangkan hidup.Hutang akan berkurangan,pendapatan akan bertambah dan keselesaan akan tersebar.
Sebaliknya,hati yang tidak memaafkan akan terkena panahan kesakitan.Sakit hati tidak akan pulih,kedukaan akan meliputi dan kegelisahan akan merundung diri.Terbakar hati akan memakan diri,membungkam jiwa,memudarkan seri wajah dan menghakis kebaikan amal.


Hulurkan kemaafan,panjangkan tali silaturrahik,eratkan ikatan hati dan padamkan api kebencian.Benamkan kebencian,tanamkan benih kasih sayang,suburkan perpaduan dan tingkaykan keyakinan sesama insan.
Hidup ini terlalu sunyi untuk dilalui bersendirian,justeru janganlah mencipta musuh dan lawan sepanjang jalan.Tabahlah dalam menempuh ranjau dan onak perjalanan,kerana ketabahan membawa harapan untuk tiba kepada sasarannya.
Kelapangan hati juga perlu dikongsi bersama kerana semakin dikongsi,kelapangan akan berganda-ganda.inilah keajaiban hati.Hati yang lapang,semakin diberi,semakin bertambah kelapangannya.Maka hulurkan kemaafan kerana ia faktor kelapangan hati.



Al-afuw atau Maha Pemaaf adalah antara nama dan sifat ALLAH S.W.T yang mulia.Malulah kita kepada ALLAH jika kita gagal menjadi pemaaf.ALLAH yang mencipta,mengatur dan mentadbir alam ini pun,masih memberi kemaafan kepada hamba-Nya yang melakukan kesalahan,apatah lagi kita yang serba kerdil dan lemah ini.
Tingkatkan kualiti diri kita dengan menjadi seorang pemaaf.orang yang pemaaf akan disenangi mereka yang ada disekelilingnya.Memberi kemaafan,lebih berharga dan dihargai daripada memberi wang dan material.Wang akan cepat habis,tetapi kemaafan yang diberi,ibarat benih yang baik,akan menumbuhkan pohon kasih sayang dan persaudaraan.
Kasihilah diri kita dengan memberi kemaafan kepada saudara lain.Kemaafan lambang kasih sayang dan kasih sayang yang tulus akan melapangkan ruang kehidupan.
Kepada yang masih berperang dengan kemarahan,kebencian dan dendam,fikirlah jauh-jauh.Dendam dan marah tidak membawa apa-apa,selain kesakitan dalam jiwa.Maka berilah kemaafan,terutama pada saat gembira menyambut Hari Raya ini.Sebarkan kemaafan,ia menambah seri Aidilfitri...



'Id al-Mubarak!Kullu'am,wa antum bi khair...

Mohon maaf sumenye..sape2 yang kenal saye,dan saye ttp maafkan kalian sume..
hihihi:-)