Friday, March 26, 2010

Kembara Ilmu


kembara ilmu selaut cahaya

milik Tuhan tiada bertepi

diselam tak jejak ke dasar

ditimba tak luak setitis



kembara misi lembah nurani

menakung titisan ilmu suluhan budi

resapan dari akal yang murni

untuk diuntai mutiara sufi

menjadi azimat menuju firdausi



lembah nurani fitrahnya suci

jangan ditinggal gersang

jangan dibiar hitam

gersang nurani kerana tiada ilmu

hitam nurani kerana dosa bertimbun



noda di hati melemahkan minda

kembara sufi terasa sukar

sesatlah di dalam pelayaran

hanyut tiada pedoman

akhirnya karam dalam kegagalan

Wednesday, March 24, 2010

Teruskan Perjuangan!!!

"aku akan menjelajah ke segenap pelusuk negeri,aku tidak akan menghiraukan samada cita-citaku tercapai,atau aku mati keseorangan,jika aku binasa atau mati,maka segalanya terserah kepada Allah,dan jika aku terselamat,tidak lama lagi aku akan kembali" ~Imam Syafie

Monday, March 22, 2010

Wasiat Imam Shafie

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.
"PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUTIaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.
KETIGA : HAK KEPADA KUBURIaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIRIaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.
KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.WIaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWTIaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan

Thursday, March 18, 2010

Aduyaiiiii......!!

Ape nak jadi!!Ape nak jadi!!


Sampai sekaramg menjadi-jadi..

pada zaman anjakan paradigma ni...chewwah..mcm2 jns tudung yg direka.ad yang likup situ..likup sini..mcm2.mule2 glamor dgn tudung wardina..bleh la thn,pas2 mule la..tudung acheh,tudung ekin la..makin x menutup dada..klu pakai kat umah 2 bleh ar thnkn..nak sapu2 halaman umah ke..

Tapi sekarang dah jd trend,g mane2 pun..dah ramai pakai.mkn rumit plak jdnye.dkt tmpt buat ic pun dh guna tudung mcm 2.yelaka...senang nak pakai,pakai je dah menjadi,xperlu duduk depan cermin berjam-jam..tapi,2 la..zaman sekarang,ape nak jadi..???makin hari makin menjadi..

P/S:buah muslimah2,buatlapilihan yang baik dan bijak,bkn bermakna kene pakai jilbab labuh sampai ke kaki,tapi..biar la bertepatan dengan aurat dlm islam..marilah kite same2 mengubah cara pemakaian kite dan sekaligus mengubah tatacara hidup kite..bagi menjadi muslimah yang luar biasa..haha,luar biase??bleh la....kn3??


Monday, March 8, 2010

Besnye.....!!



Sape dah baca buku ni..?.''Aku Terima Nikahnya''yang dikarang oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil..
Saya percaya mesti dah ramai bacakn??Tapi..daripada apa yang telah saya baca,bes..beliau byk cerite pengalaman beliau.
Hepi ad..sedih pun ad,nak2 masa beliau cerita semasa ayah beliau meninggal dunia.kesianla...
bagi sape2 yang terdetik nak berumah tangge 2,bace ar buku ni..hak3
kalau bagi saya bleh ar,ada yang bleh diambil untuk dijadikan sebagai pengajaran.
walaupun bnyak disentuh soal perkahwinan,tapi sesuai buat sume peringkat umo.sebab..sampai mase kita akn merasa jgk,huhu..
mcm novel biase jgk,macam..novel Adam&Hawa,Bicara Hati,Kasih Kekasihku dan banyak lagi la.so,tak salah kalau skali sekala baca novel2 yang dikarang oleh Ustaz Hasrizal ni..IALLAH..byk yg bleh diambil..

Sunday, March 7, 2010

Haish.....Bleh ke tak ni.....

Tadi sy ad blaja kereta kat wimozad..fuhh..debar giler..lepas je sy hbis dengar ceramah pagi tu trus sytepon Fong(org yang nak mengajar aku).tapi sy tak keseorangan,ad ar dua org lagi yg teman sy.diorg pun nak blaja jgk..dlm 3 org ni,syyg last skali yg nk kene bwk..dup3..haish..bleh ke tak ni,risau btul la...yelakn,frsttime..huhu,tup2 da kene bwk..





Mula2 blaja wat u turn dlu..bleh ar thn,tapi...nak pusing stereng tu punya la mengelabah,yela...tkt x sempat,kang x pasal2 langgr kon 2,haha..klaka tul ar..Lps 2,diorg tnggl sy sorg2 dan sy pun ap lg,bwk je la cmne die ajr td,alhamdulillah...not bad..hak3

Lepas je blaja kat situ,bru ar die ajr pusing2 keliling situ...keliling sini..lame jgk duk dlm kereta 2,
tapi alhamdulillah..sumenye berreh...tapi ad ar jgk yg termati enjin..hahaha
Memang pengalaman yang bes ar,walaupun lenguh..hahaaa,skrg bru tahu...huhu
Habis je ape lagi balik la...Cite kat kluarga plak cmne pengalaman bwk kereta..haha...



Friday, March 5, 2010

BiLa ALQURAN MuLa BeRsUaRa


Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku


Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....
Ad rase ape2 x??
haa...klu ad,mknenye ad mkne la 2,;-)
Ape yg Korang sume rase,???
Sndiri mau ingat..
Moge menjadi iktibar buat kite sume...
IALLAH...