Friday, March 26, 2010

Kembara Ilmu


kembara ilmu selaut cahaya

milik Tuhan tiada bertepi

diselam tak jejak ke dasar

ditimba tak luak setitis



kembara misi lembah nurani

menakung titisan ilmu suluhan budi

resapan dari akal yang murni

untuk diuntai mutiara sufi

menjadi azimat menuju firdausi



lembah nurani fitrahnya suci

jangan ditinggal gersang

jangan dibiar hitam

gersang nurani kerana tiada ilmu

hitam nurani kerana dosa bertimbun



noda di hati melemahkan minda

kembara sufi terasa sukar

sesatlah di dalam pelayaran

hanyut tiada pedoman

akhirnya karam dalam kegagalan

2 comments:

Khairunnisa Alias said...

Bestnyer kata-kata ni...

Menuntut Ilmu dari buaian ke liang lahad..!

halimatusalias said...

beh op?mmg pun...