Saturday, August 11, 2012

Nak Tenang??

Assalamualaikum...^^

Mane satu bacaan pilihan anda....

Saad Al-Ghamdi atau Sheikh Mishary rashed Alafasy?hahhh..klik2!!

Cakap pasal ketenangan ni,memang ramai orang yang inginkan ketenangan dalam hidup diorang.Tmbah2 lagi,zaman sekarang ni,orang pun makin sibuk dengan hal masing2.Ada yang sibuk belajar,sibuk cari rezeki nak menyara keluargalah,jaga anak2 semua...macam2..disebabkan kesibukan ni la,orang mencari ketenangan.Ketenangan ini,adalah satu nikmat paling besar yang manusia tercari-cari dalam hidup.


            Siapa yang Tak Nak rasa tenang???tipu la kalau bagitahu ada orang yang x nak..stresss  je memanjang.penatkan??Hatta orang kafir sendiri pun,inginkan ketenangan..cara diorang cari ketenangan mungkin dengan pergi melancong ke,dan x salah bagi kita orang islam ingin melancong juga ..Tapi sejauhmana ia dpt memberi ketenangan?.Pastinya sebagai umat islam kita sendiri tercari-cari ketenangan yang sebenar..Apa itu ketenangan yang sebenar???

Monday, August 6, 2012

Cakap!!Cakap!!Cakap!!


Assalamualaikum wth...

Biasa kita dengar sebuah pantun,

Yang Merah Itu Saga,
Yang Kurik Itu Kendi,
Yang Indah Itu Bahasa,
Yang Cantik Budi Pekerti..

Jadi di bulan yang penuh mulia ni,kita mestilah menjaga tingkah laku dan percakapan kita,kerana percakapan itu melambangkan keperibadian seseorang.Banyakkanlah bercakap mengenai perkara yang berfaedah berbanding berbual kosong.Jika itu yan berlaku,sebaiknya kita diam.
Saidina Umar Al-Khattab RA berkata :

  • Siapa yang banyak ketawa,maka sedikit hormat orang kepadanya
  • Siapa yang memandang rendah terhadap manusia,maka dirinya di pandang rendah oleh orang lain.
  • Siapa yang banyak melakukan sesuatu,maka dia menjadi terkenal dalam perkara itu.
  • Siapa yang banyak bercakap,maka banyak kesalahannya.
  • Siapa yang sedikit malunya maka sedikit waraknya.
  • Dan siapa yang sedikit waraknya maka mati hatinya"


~nauzubillahiminzalik ~

Dan Adalah lebih baik jika kita menghiasi percakapan kita dengan zikrullah atau membaca kitab Allah Subhanahu Wataala(Alquranul karim).Bukan sahaja mendapat pahala malahan kita dapat memperbaiki mutu bacaan kita.ALLAHU AKBAR!



SAMA-SAMALAH  KITA BERAMAL.
&MOGA AMALAN KITA DIBERKATI ALLAH.

Wallahua'lam



Suasana Senja di Kampung




Marilah sume balik kampung,
Yang jauh mahupun yang dekat..
Jom!!!Balik Kampung.