Monday, August 6, 2012

Cakap!!Cakap!!Cakap!!


Assalamualaikum wth...

Biasa kita dengar sebuah pantun,

Yang Merah Itu Saga,
Yang Kurik Itu Kendi,
Yang Indah Itu Bahasa,
Yang Cantik Budi Pekerti..

Jadi di bulan yang penuh mulia ni,kita mestilah menjaga tingkah laku dan percakapan kita,kerana percakapan itu melambangkan keperibadian seseorang.Banyakkanlah bercakap mengenai perkara yang berfaedah berbanding berbual kosong.Jika itu yan berlaku,sebaiknya kita diam.
Saidina Umar Al-Khattab RA berkata :

  • Siapa yang banyak ketawa,maka sedikit hormat orang kepadanya
  • Siapa yang memandang rendah terhadap manusia,maka dirinya di pandang rendah oleh orang lain.
  • Siapa yang banyak melakukan sesuatu,maka dia menjadi terkenal dalam perkara itu.
  • Siapa yang banyak bercakap,maka banyak kesalahannya.
  • Siapa yang sedikit malunya maka sedikit waraknya.
  • Dan siapa yang sedikit waraknya maka mati hatinya"


~nauzubillahiminzalik ~

Dan Adalah lebih baik jika kita menghiasi percakapan kita dengan zikrullah atau membaca kitab Allah Subhanahu Wataala(Alquranul karim).Bukan sahaja mendapat pahala malahan kita dapat memperbaiki mutu bacaan kita.ALLAHU AKBAR!



SAMA-SAMALAH  KITA BERAMAL.
&MOGA AMALAN KITA DIBERKATI ALLAH.

Wallahua'lam



No comments: