Friday, December 7, 2012

Jadilah Secomel-secomelnya di Mata ALLAH

Assalamualaikum....

Saya Comel......




~^__^~



Dah jawab ke..belum salam saya tadi?? 
Klu dh jawab, Alhamdulillah...


yang belum 2, dipersilakan jawab.......


Sebab...Tuan saya cakap,banyak kelebihan tau kalau kita jawab salam ni. Ahhhh
Nak tahu x?? Klu nak, angguk la kepala 2. Klu tak nak thu,xpe...x kesah pun.....hehee


Ok....biasakan kita dengar bahawa orang yang memberi salam tu akan mendapat ganjaran sekalipun orang yang diberi salam tidak  menjawab walhal menjawab salam itu adalah wajib..


"Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa." (Surah An-Nisa : 86)


Apa maksud lebih baik???


Maksudnye....

kita melebihkan salam daripada orang yang memberi salam. 
Contohnya, kalau orang beri salam 'Assalamualaikum'. Kita jawab panjang sikit dari apa yang dia beri, nak lagi panjang lagi bagus. Kita Doa kat dia lebih sikit. 'Wa`alaikumussalam warahmatullah'. Paling panjang menjawab salam ialah Wa`alaikumussalam warahmatullahi wabarakatu wamaghfiratuh waridhwaanuh.


Tapi tuan saya kata ada kategori lafaz salam yang sah & tidak sah,antaranya:-


Memberi salam:

Assalamualaika - dibolehkan
Salamun alaik - dibolehkan
Salam alaikum - dibolehkan

Menjawab salam:

Wa`alaikassalam - dibolehkan
`Alaikumussalam - dibolehkan
`Alaikum - tidak sah
Wa`alaikum - ada bercanggah pendapat. sesetengah ulama kata boleh manakala ulama yang lain kata tidak sah
Assalamualaikum - (menjawab sama dengan orang yang beri salam) - dibolehkan






So..perlulah kita igt bahawa ucapan salam ini adalah satu ibadat, bukan hanya satu ucapan atau kata-kata biasa sahaja. Lebih2 lagi, Ia mestilah diucap dengan hati yang ikhlas supaya ikatan persaudaraan yang terjalin itu akan lebih akrab.
Tambahan lagi dengan ucapan itu kita saling mendoakan antara satu sama lain.
Sama-Samalah kita beramal...Miowww!!







~WALLAHUA'LAM~




Tuesday, October 23, 2012

Segala yang berlaku ada hikmahnya,Aturan ALLAH itu cukup indah.



    Dalam Surah Al-Baqarah, Allah SWT mengaitkan setiap apa yang manusia sangka baik, mungkin buruk manakala apa yang disangka buruk, adalah baik untuknya seperti firmanNya yang bermaksud :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah ayat 216).

Jadi,Cubalah kita redha dengan segala apa yang telah ditentukan oleh ALLAH.Walaupun pada mulanya kita tidak suka pada sesuatu perkara itu,PERCAYALAH!!!akan ada sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita sangkakan akan berlaku.Yakinlah bahawa janji ALLAH itu pasti.

Terima+Usaha+Doa+Tawakal=Kebahagian dunia dan akhirat...IALLAH

Moga Redha ALLAH Milik kita Jua
~AMIN~



Monday, September 17, 2012

Ma.....Aboh....!!

Rindu.........................Sangat2 Ma & Aboh.

Harap2 diorang pun rindu jgak...huhu

 Nak Balik Ganu....


Payung Usimlah yang menemani Setiap langkah...

                       Ape2 pun,cube utk tabahkan hati dan terus berusaha.

Sebenarnya...



Doakanku ye semua....JazakaALLAHukhairan




Tak Terkate

Kan best klu gini sokmo...

Sukeeeeeeeee......ngeeeee..^^

Saturday, August 11, 2012

Nak Tenang??

Assalamualaikum...^^

Mane satu bacaan pilihan anda....

Saad Al-Ghamdi atau Sheikh Mishary rashed Alafasy?hahhh..klik2!!

Cakap pasal ketenangan ni,memang ramai orang yang inginkan ketenangan dalam hidup diorang.Tmbah2 lagi,zaman sekarang ni,orang pun makin sibuk dengan hal masing2.Ada yang sibuk belajar,sibuk cari rezeki nak menyara keluargalah,jaga anak2 semua...macam2..disebabkan kesibukan ni la,orang mencari ketenangan.Ketenangan ini,adalah satu nikmat paling besar yang manusia tercari-cari dalam hidup.


            Siapa yang Tak Nak rasa tenang???tipu la kalau bagitahu ada orang yang x nak..stresss  je memanjang.penatkan??Hatta orang kafir sendiri pun,inginkan ketenangan..cara diorang cari ketenangan mungkin dengan pergi melancong ke,dan x salah bagi kita orang islam ingin melancong juga ..Tapi sejauhmana ia dpt memberi ketenangan?.Pastinya sebagai umat islam kita sendiri tercari-cari ketenangan yang sebenar..Apa itu ketenangan yang sebenar???

Monday, August 6, 2012

Cakap!!Cakap!!Cakap!!


Assalamualaikum wth...

Biasa kita dengar sebuah pantun,

Yang Merah Itu Saga,
Yang Kurik Itu Kendi,
Yang Indah Itu Bahasa,
Yang Cantik Budi Pekerti..

Jadi di bulan yang penuh mulia ni,kita mestilah menjaga tingkah laku dan percakapan kita,kerana percakapan itu melambangkan keperibadian seseorang.Banyakkanlah bercakap mengenai perkara yang berfaedah berbanding berbual kosong.Jika itu yan berlaku,sebaiknya kita diam.
Saidina Umar Al-Khattab RA berkata :

  • Siapa yang banyak ketawa,maka sedikit hormat orang kepadanya
  • Siapa yang memandang rendah terhadap manusia,maka dirinya di pandang rendah oleh orang lain.
  • Siapa yang banyak melakukan sesuatu,maka dia menjadi terkenal dalam perkara itu.
  • Siapa yang banyak bercakap,maka banyak kesalahannya.
  • Siapa yang sedikit malunya maka sedikit waraknya.
  • Dan siapa yang sedikit waraknya maka mati hatinya"


~nauzubillahiminzalik ~

Dan Adalah lebih baik jika kita menghiasi percakapan kita dengan zikrullah atau membaca kitab Allah Subhanahu Wataala(Alquranul karim).Bukan sahaja mendapat pahala malahan kita dapat memperbaiki mutu bacaan kita.ALLAHU AKBAR!



SAMA-SAMALAH  KITA BERAMAL.
&MOGA AMALAN KITA DIBERKATI ALLAH.

Wallahua'lam



Suasana Senja di Kampung




Marilah sume balik kampung,
Yang jauh mahupun yang dekat..
Jom!!!Balik Kampung.

Wednesday, June 6, 2012

Rahsia Solat di Awal Waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak? WAKTU SUBUH Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi. WAKTU ZOHOR Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak? WAKTU ASAR Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.