Sunday, February 7, 2010

Syarat wajib solat:
Islam
baligh
Berakal
Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan
Syarat sah solat:
Suci badan dari dua hadas besar dan kecil.
Suci dari najis sama ada di badannya, di tempat solatnya, dan di pakaiannya.
Menutup aurat.
Menghadap qiblat (kecuali yang uzur dan tidak terdaya)
Yakin masuk waktu solat.
sekiranya sesudah tamat solat, lalu disedari perkara yang tersebut di atas terjadi - misalnya didapati ada najis di sejadah - maka perlulah diulangi solat itu kerana ia tidak menepati syarat sah solat)
Perkara-perkara yang membatalkan solat:
Keluar/kedatangan hadas besar atau kecil.
Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit yang memberi faham, atau ketawa.
Makan/minum walau sedikit.
Melakukan pergerakan di luar rukun solat tiga kali berturut-turut(mutawaliyat).
Berniat keluar dari solat Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat solat.
Beralih arah dari kiblat dengan sengaja (berpaling dada).
Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup.
Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain.
Meninggalkan rukun solat.
Murtad
Rukun Solat
Rencana utama:Rukun solat ada 13:
Niat.
Takbiratul Ihram(Allahu Akhbar yang pertama).
Berdiri bagi yang mampu.
Membaca surah Al-fatihah.
Rukuk dengan tama'ninah (tama'ninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru).
Iktidal dengan tama'ninah.
Sujud dua kali, dengan tama'ninah.
Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah.
Tasyahhud Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud.
Duduk dalam Tasyahhud akhir.
Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam Tasyahhud Akhir.
Membaca salam.
Tertib.

Pada mazhab Maliki dan Hanafi, baca fatihah rukun bagi solat perseorangan sahaja. (Tidak rukun bila solat jemaah, bila imam baca makmum dengar sahaja berdasarkan al-quran:-dan hendaklah kamu diam bila quran dibacakan.).

No comments: